Wednesday, March 24, 2010
60 Tanda kamu jatuh cinta
1- kamu sentiasa tahu apa menu sarapan pagi sidia.
2- kamu tidak akan biar dia dalam kesunyian.
3- setiap kali dia bersedih, kamu seperti dapat merasakannya.
4- risau apabila si dia berdiam atau merajuk.
5- sentiasa cuba untuk membuat sidia ketawa.
6- menanggung kesusahan bersama-samanya.
7- tahu setiap kesukaan dia.
8- apabila marah, kamu mudah reda jika bersamanya.
9- sentiasa menyimpul senyuman.
10- mudah terasa ataupun sensitif walaupun sidia hanya bergurau.
11- sentiasa tidak sabar menanti hari esok untuk bertemu nya.
12- hati berdebar-debar apabila bertentang mata dengannya.
13- tidak pernah berkira dengan sidia termasuk lah soal wang.
14- sentiasa cuba untuk mendapat perhatian sidia.
15- berbaik dengan teman-temannya.
16- ambil hati keluarganya.
17- menjaga perlakuan apabila berada dihadapan sidia.
18- susah untuk berkata 'tidak' pada sidia.
19- menjaga hatinya sebaik mungkin.
20- penat tidak pernah menjadi halangan untuk bertemunya.
21- berkongsi perasaan dengan nya.
22- sentiasa jadi penyelamat kepada sidia.
23- suka lakukan kejutan untuk sidia.
24- hadiah merupakan perkara wajib untuk hari-hari yang istimewa.
25- kamu merupakan pendengar paling setia untuk sidia.
26- tidak akan memalukan diri sendiri dihadapan sidia.
27- berusaha tampil cantik/kemas dihadapan sidia.
28- tidak tentu arah andai kata setengah jam sidia sepi tanpa sebarang sms.
29- berkongsi minat yang sama dengannya.
30- sanggup berubah sikap mengikut kemahuannya.
31- tidak akan meninggalkan telefon walau sesaat.
32- sentiasa cari peluang untuk bersama sidia.
33- demi sidia, kamu sanggup lakukan sesuatu yang kamu tidak suka.
34- hilang mood apabila bertengkar dengan sidia.
35- menjadi doktor peribadinya keran begitu ambil berat tentang kesihatannya.
36- bangga bercerita tentang sidia pada teman-teman kamu.
37- yang panas baran boleh bertukar menjadi lembut hati.
38- sentiasa rasa kenyang.
39- tidak takut berhadapa dengan apa jua rintangan untuk pastikan sidia tidak terlepas ke tangan orang lain.
40- sanggup jadi penyiasat persendirian untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat.
41- tidak pernah malu untuk mengaku perasaan cinta kamu pada sidia.
42- apabila dia ketawa, satu perasaan luar biasa akan kamu rasakan.
43- tiada satu pun kelemahan sidia pada mata kamu.
44- mana-mana kamu pergi, kamu mengharapkan sidia ada bersama.
45- kamu ketawa sampai pecah perut walaupun sidia hanya membuat lawak biasa.
46- orang bercinta akan hipokrit keran mahu nampak sentiasa sempurna.
47- apa sahaja aktiviti bersama sidia pasti akan menjadi lebih menarik.
48- andai ada yang cuba mengganggu hubungan kamu, kamu akan menjadi agresif.
49- ada kalanya kamu lebih utamakan sidia daripada keluarga.
50- andai ditanya tentang hubungan kamu, kamu akan memberikan jawapan yang berubah-ubah keran mahu orang lihat kamu sentiasa bahagia.
51- tenaga orang bercinta akan bertambah 2 kali ganda.
52- ada kalanya kamu berubah sehingga teman baik sendiri tidak mengenali kamu.
53- orang bercinta gemar berfantasi.
54- jadi buta sehingga perkara yang buruk tetap nampak baik.
55- gembira bukan kepalang sekiranya sidia memuji kamu.
56- lebih bersemangat dalam membuat sebarang tugasan.
57- menangis merupakan perkara yang tidak dapat di pisahkan dengan orang bercinta.
58- bijak membaca fikiran sidia.
59- terbit rasa cemburu apabila sidia memuji orang lain.
60- saling memerlukan antara satu sama lain setiap masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment